Tuesday, August 24, 2010

Gaji Pelukis Pelan (Draughtsman) di Malaysia.

--> -->
Gaji, OT & Freelance Rate

Saya mendapati bahawa Gaji, OT & Freelance Rate di dalam pasaran adalah tidak konsistan. Oleh itu saya ingin mencadang dan menegaskan bahawa adalah penting untuk kita berjuang dalam mendapat pendapatan setimpal tanpa perlu 'menerima sahaja' apa tawaran yang majikan beri. Kegagalan kita bersatu dalam mendapatkan hak dan pendapatan setimpal, maka selama-lamanya kita akan terpaksa 'menerima sahaja ehsan' majikan. Saya masih ingat, satu ketika dahulu gaji Draughtsman adalah sangat baik iatu sekitar RM5000 (landing rate) bagi yang berpengalaman 12 tahun.

Di bawah ini adalah satu 'landing rate' sesuai yang saya telah kaji sejak setahun lalu ;-

GAJI

Pengalaman 1th. kebawah - RM 1200 (min. / landing)

Pengalaman 3th. kebawah - RM 2000 (min. / landing)

Pengalaman 7th. kebawah - RM 2500 (min. / landing)

Pengalaman 10th. kebawah - RM 3300 (min. landing)

Pengalaman 12th. kebawah - RM 3800 (min. / landing)

Pengalaman 15th. kebawah - RM 4300 (min. landing)

Pengalaman 20th. kebawah - RM 4800 (min. / landing)

21th keatas - RM 5500 (min. / landing)




- Sumber dari Draughtsman Malaysia.


NEW UPADATE ( DM Salary Landing Rate 2014 )

Salam semua..,

Musim bertukar kerja kembali memeriahkan dunia Drafter di Malaysia, iatu bermula October dan berakhir February kemudian di antara May hingga August setiap tahun.

Seperti biasa kita akan mengambil peluang ini mengempur pasaran bagi mengapungkan landing rate gaji Drafter selaras dengan yang digariskan oleh Drafter Malaysia draftermal.net . Berikut di bawah adalah Landing Rate 2014 yang harus di patuhi oleh semua Drafter bagi mengelakkan sesiapa memohon kerja dengan gaji rendah seterusnya Merosakkan Market Drafter Drafter lain.

GAJI
Pengalaman 1th. kebawah - RM 1500 (min. / landing)
Pengalaman 3th. kebawah - RM 2600 (min. / landing) - iatu Exp. 2th. keatas hingga 3th.
Pengalaman 7th. kebawah - RM 3700 (min. / landing)
Pengalaman 12th. kebawah - RM 4500 (min. / landing)
Pengalaman 15th. kebawah - RM 5000 (min. landing)
Pengalaman 20th. kebawah - RM 5800 (min. / landing) - iatu Exp. 14th. keatas hingga 20th.
21th keatas - RM 6500 (min. / landing)

OT
= Gaji Bulanan / 24 / 8 x 1.5 sejam (daily)
= Gaji Bulanan / 24 / 8 x 2.0 sejam (weekend)

FREELANCE / PART TIME

2D Drawing
1 Helai Drawing = RM 150 (revised kali pertama free, selepas itu RM 50 sekeping dan seterusnya)
atau
1 Helai Drawing = RM 100 (revised kali pertama RM 50 dan seterusnya)
atau
Assume 7 helai drawing seminggu Lump Sump RM1000 (Seminggu) / projek

3D Drawing
1 Helai Drawing = RM 250 (revised kali pertama free, selepas itu RM 75 sekeping dan seterusnya)
atau
1 Helai Drawing = RM 200 (revised kali pertama RM 75 dan seterusnya)
atau
Assume 7 helai drawing seminggu Lump Sump RM1700 (Seminggu) / projek

- Sumber dari DM Facebook





- Sumber dari UK Salary CAD Draughtsman

82 comments:

  1. yup betul....perlu selaraskan semula....dah lah seme nak cepat. xpi imbuhan x setimpal...huhu..

    ReplyDelete
  2. kena kumpul semua ahli2 pelukis pelan dan tubuh satu group, supaya menyurakan kepentingan hak-hak pelukis pelan, jgn kena tindih.

    ReplyDelete
  3. sokong sgt2..bile nk tubuh kn,ble antar petisyen

    ReplyDelete
  4. sila layari web kelab Draughtsman Malaysia di http://draughtsmalay.socialgo.com/

    ReplyDelete
  5. yup betul tu...saya pon selalu ditindas...drawing nak cepat..bila projek dapat beratus-ratus ribu apa salahnya bagi sedikit imbuhan dari keuntungan yang mereka dapat...ini tidak mereka yang dapat terus g melancong sana sini!!!! hampes sungguh....kalau ikutkan gaji saya patut dapat antara RM 2500-2700 sbb saya ada pengalaman selama 9 tahun dalam buat drawing ni......

    ReplyDelete
  6. betul yup, kalau kat alor setar tokey boleh cakap kos hidup murah, jadi gaji x dapatlah macam KL.Pengalaman 13 tahun baru dapat 1.5k.Projek ratus juta.contohnya azza architect alor setar

    ReplyDelete
  7. yg gamba2 tu gaji dalam GBP per annum ker??? kalau dlm MYR brapa plak nak bagi rate dia yer???

    ReplyDelete
  8. sila tukar la..
    1 EUR X = 4.02739 MYR (eropah)

    1 GBP X = 4.83079 MYR (england)

    ReplyDelete
  9. saya rasa setiap ahli bole beri sumbangan dalam hal nih, untuk permulaan saya cadangkan di adakan
    survey yg tepat dr saudara2 sekalian untuk menilai gaji sebenar setiap dari kita. Dari situ mungkin kita boleh selaras kan skala gaji dan rate yg perlu kita ketahui..

    ReplyDelete
  10. kalau nak ikut betul, gaji boleh di selaraskan mengikut pengalaman dan kemahiran pekerja itu. Oleh sebab sesetengah majikan, mengaibaikan pekerja dan timbul perkara ini.

    MAJIKAN + PEKERJA = 2 penting dan perlu kejasama.

    ReplyDelete
  11. pengalaman menggunakan auto cad 2007-skrg

    pengalaman kerja 2010-skrg

    gaji permulaan kerja RM800 dan sekarang RM1800

    ReplyDelete
    Replies
    1. skg dunia sudah maju so gaji perlu selaras dgn kemajuan. Selain gaji drafter perlu aktif ambil peluang cth ada dwg luar lebih boleh buat partime dan duit poket lebih akan dpt....

      Delete
  12. Saya dah kerja CAd ni sejak 1996 lagi, maknanya pengalaman saya dah cecah hampir 16 tahun, tapi tahu berapa gaji saya sekarang? Tak sampai RM2500 pun... itu rate Kuala Terengganu kirenya dah paling tinggi... FYI, saya buat drafting Mechanical Electrical...

    Berpadanan? Entahlah, nak beli kereta kedua dan nak beli rumah pun tak mampu...

    ReplyDelete
  13. Pendapat saya kerja drafter di malaysia xbanyak gaji dan ada beberapa sbb :

    1. kalau anda still keja tpt lama 3 4 5 tahun so.. xakan byk gaji kecuali anda pandai ckp up gaji dgn bos anda.

    2. drafter di msia xsama mcm drafter luar negara sbb, luar sana darfter sebagai profensional dan gaji taraf engineer.

    3. lihat dari industri dan saiz company dari segi bisnes dan keuntungan. saya syorkan company ada KPI lagi bagus sbb nak melihat performance staf utk naikan gaji.

    lain2 byk lagi so pandai2 la kawan kita luar sana..buat keputusan

    ReplyDelete
  14. nk pindah keje lpas raya..survey taraf gaji draughtsman itu yg tersangkut kat blog ni...aku keje start awal tahun 2009 sampai skrg pengalaman dah hampir 4 tahun gaji basic 1800 starting dulu basic 800..mula2 keje dulu langsung x tahu apa2 tentang civil & structure skrg boleh la gagah buat infra sendiri...cuma calculation je x tau buat selalunya kalau structure copy dari estem yg dah siap tu...stakat gradient ke benda2 basic boleh la gagah xD...ada jugak buat part time luar tp kira jam dalam RM10-15 sejam...kalau buat sabtu dan ahad dpt la dlm 200+...company yg aku buat part time tu ada offer RM2200 tapi mcm rugi la plak pasal kat situ engineer dah siap design and draft atas kertas cuma kita kena buat semula dlm acad saja...kalau company mcm ni draughtsman susah la nak naik gaji...company yg aku keje skrg engineer smua pandai acad..kadang2 mereka draw sendiri walaupun mereka draw acad guna icon saje...itu salah satu sbb aku susah naik gaji...kelebihan yg aku ada skrg cuma boleh pakai full acad command 2d and 3d basis je...skrg teringin nak belajar civil cad..ada sapa2 boleh ajarkan x? supaya kita sama2 kembangkan bidang kita ni.. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kongsi pgalman. so yg anda ckp tu memang ada dan kebiasaan dalam keja drafter. Satu lagi pendapat aku walaupun kita keja drafter kita perlu melihat gak dari segi benefit sykt bagi cth :
      - excutive / non exc.
      - perubatan
      - lain-lain

      keistimean draughtsman / exc. or non exc.

      non excutive biasanya gaji bawah RM1300 basic dan boleh clian OT

      Excutive gaji RM2500 ke atas dan xdpt clian OT..

      so kedua-dua ni yg mana pilihan anda?. Excutive or non excutive

      Delete
    2. nak tye.,, macam mana nak wat part time draughtsman ek??

      Delete
    3. Assalamualikum...pak cik saya pernah ke jepun tapi bukan utk draughtsman tapi bidang audit tapi apa yang menarik sepanjang berkursus dia dibenarkan menyemak data syarikat dan menemubual semua peringkat pekerja dan didapati gaji seorang pengurus besar hingga ke celaner beza dalam dua tiga ratus dan semua pekerja memberikan komitment dan sayangkan syarikat bekerja hingga pencen . jarang kedengaran pekerja berpindah randah wallahualam

      Delete
    4. salah satunya cuba masuk mana mana forum terutamanya yang menggunakan medium B.Inggeris selain dapat menghubungkan silatulrahim (bukan nak merendahkan B.Melayu) mungkin ada peluang di sana

      Delete
  15. partime pulak lagi byk dpt daripada keja mkn gaji.......anda setuju?

    ReplyDelete
  16. buatla 1 group so kita ni blh shre pglmn sume.... Sy ni dh 2 thn pglmn tp gji alahai ciput 8rts je....haisshhh geram dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss.vain boleh jumpa ramai kawan dan tukar pendapat forum paling top http://www.draftermal.net...so perlu daftar dulu. Free je..

      Delete
  17. sy masih pengajian diploma...dalam mechanical engineering....dan sy part time designing mechanical/civil tuk student....kebanyakan mekanikal..sy boleh gune solidworks,autocad,dan UGNX..sy ade sijil tuk UGNX...agak2 lepasam diploma dgn pengalaman dan sijil tu leh apply drafter x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq msg dari anda, so bagus la anda byk tahu guna software CAD dan boleh buat partime job. Yg anda ckp (agak2 lepasam diploma dgn pengalaman dan sijil tu leh apply drafter x??), Dalam peraturan www.draftermal.net atau drafter malaysia, untuk menjadi drafter msia anda perlu ada sijil sahaja dan pengalaman kerja dalam drafter / draughtperson / CAD operator / draughtsman. Selain itu juga peraturan ini dalam pembincangan lagi, so bagi yg ada diploma pulak adakah dpt memasuki ke dlm drafter msia? and apa2 tgu peraturan baru akan di keluaran oleh pengerusi drafter msia.

      Delete
  18. ingat nk gak wat part time p x taw nk wat cmne hehehe...mana nk cari ek...hrap gaji drafman rm1500,dok plak kl,sakit woo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro tinggal area mana ek?..gaji tu kalau ada persatuan boleh support ko org semua, so sama-sama aktif dalam kelab drafter msi dan boleh luahkan sesuatu hari nanti lagi kukuh apa kita nak.

      Delete
  19. YUP KITA PATUT CIPTAKA SATU PERSATUAN PELUKIS PELAN MALAYSIA UNTUK MEMBELA NASIB KITA BERSAMA

    ReplyDelete
  20. Sampai bla nak camnie jerr...bila lagi nk maju sedangkan kite bekerja di bawah arkitek dan jurutera nama aje standard tp gaji X payah cakap...kerja nk cepat untong berpuloh ribu dan berjuta.

    ReplyDelete
  21. Kat muar lagi teruk.fresh yg br masuk gaji 650..hehe..sy 4 tahun kerja.mcm2 bt..sampaikan bt structure suh engineer sign jek..gaji br 1300.kerja lama2 yg ada prob.kena settlekan.kerja baru lg.structure lg nak handle..mau sy bt pakatan hantar surat letak jawatan ramai2..br padan muka ngan bos..yg ada nie x pandai nk hargai.

    ReplyDelete
  22. gaji rendah tp benefit byk kot?..mana tahu kan

    ReplyDelete
  23. Soklong ptot tbuhkn stu persatuan plukis plan

    ReplyDelete
  24. memang penting persatuan, tapi lagi penting kerjasama ahli dlm persatuan. Ini kenapa!..sbb dlm persatuan perlu ada ahli yg sokong dari belakang dan kerjasama dalam pasukan untuk urusan kelab persatuan menjadi lancar dan tersusun.

    ReplyDelete
  25. Salam Tuan Tanah,

    Aku bekerja sebagai pelukis pelan mekanikal dah 22 tahun.
    Ler ni aku bekerja di kilang yg sama dah masuk 16 tahun.
    Gaji dalam RM2800. Umur 42 tahun. Disebabkan terlalu lama berada di kilang yang sama, pengetahuan tentang jentera kilang memang luas sampaikan dah jadi tempat rujukan engineer & selalunya engineer lepas tangan. Rasanya memang patut pelukis pelan mempunyai union sendiri yang mampu membela nasib kita. lelebih kos sara hidup semakin tinggi dan kos tu berterusan naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,
      bro keja memang dah lama dan ini bukan pelukis pelan ..ini dah tahap engineer atau bos kilang. So skg, pasal gaji bro RM2800 memang bukan gaji sebenar , dgn pglaman 16 tahun so tidak patut. Kalau di kira pglaman 16 tahun gaji dlm RM5000 ke atas..
      Aku ada cadangan baik bro buat bisness dgn pglaman bro ada lagi bagus, boleh dapat lebih lagi daripada RM2800 tp yg penting nak atau xnak je.....

      Delete
    2. salam...
      rseny baik abg g cri konsultan mekanikal or M&E mb dpt gji designer..4-5K..

      Delete
  26. x lepas kot reply kedua tadi/

    Bisnes dah ada xpi diluar bidang lukisan pelan. xnak lukis sampai senja. umur makin naik, mata pun tak setajam dulu,

    kesian gak baca luahan perasaan semua post kat atas. Memang gaji pelukis pelan ler ni tak ngikut ekonomi, perlu rajinkan cari peluang2 lain tambahkan pendapatan. boleh buka class part time mengajar CAD. income dari sumber ni ok. pernah aku praktik ni dulu.

    wassalam.

    ReplyDelete
  27. itu la..terpulang pada masing2, so kalau nak kira umur memang la berbeza dan tak mcm dulu kan..

    ReplyDelete
  28. mohamad arif : nak buat partime draughtsman perlu kenal ramai mber, client tetap dan anda perlu mencari sendiri cth iklan dan dll.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum...
    just nak kongsi cerita...saya mula kerja tahun 2002..1st gaji RM450.xde epf n socso.
    lepas dpat sijil IKM (konvo) kerja pulak kat damansara..gj RM850..fuh besar juga rasanya ms tu Alhamdulillah..lepas 5 bulan brenti sbb mcm x stimpal jer duk kat Bandar besar dgn gj byk tu..yelah bayar rumah 250 (bilik jer tu..) lepas tu duk dgn akak kat klang..basic 900, tapi ada elaun dan OT.kerja kilang msyuk...tp blk pkl 10mlm..fuhh gila..klu dh kawen bila ny nk bergurau dgn anak.mcm xde life jerp..so lepas 2thn kj plan smbg blajar kat utm..sparuh jalan sbb kos tinggi sgt..abis saving aku.pokai...kerja blk dgn gj 1200, cofirm naik 100. cukup stahun nk brenti sbb dh pandai blaka..bosan ..bos up 150, so tunggu jap.lepas 3-4bulan bosan lagi nk brenti x jd lg sbb bos up gj lagi 250..sama mcm yg aku dpt kat tempat baru..x sampai stahun aku brenti real punya.sbb part time bt insurans melethop-lethop. bos naik 300 pun aku tetap resign...lepas stahun trasa mcm xde epf nnt umur 55thn mcm xbest la pulak..so smbung blk kj..tp gj stakat 1700 jer kat shah alam.sapu ajelah..ha kat situ lama juga kerja ..sampai dapat isteri, dpat anak..6 thun jugak la..lepas tu brenti sbb dh x bleh bla dh kat situ atas factor manager baru Nampak bodoh terlebih dn mcm tabor pasir kat periuk aku..so aku chow...melethop Alhamdulillah, majikan baru gj up kaw2..mcm gj senior jurutera kat tmpat lama aku...rmx500..tp x cecah 5k lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lagi bagus mula dari bawah...so skg ko firdaus dah jadi manager, so syukur la..

      Delete
  30. nja consult services sdn bhd & iktisas ingenieurs sdn bhd..saya pernah keerja di sini..siapa pernah?gaji ok ke tak?dah kerja dari 1996..iktisas ingenieurs sdn bhd baru je setahun..tahun lepas masuk...Haslina abu hasan aka merpati ina..kerja 16 tahun tapi naik gaji rm50 je..saya spm..sijil ape2 pun tak de...spm pun fail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drafter dulu dan draftre sekarang sudah berbeza..skg kebanyakan drafter2 dah guna 3D modeling so..dari sini boleh npk skill dan perubahan gaji akan beza.

      Delete
  31. tu la diorg ingat melukis xpakai otak..ingat pki lukis je ke..nak kena pikir gk the whole system. da la keje byk. skang degree pon ada..cm xsetimpal . nak byr ptptn xlepas.

    ReplyDelete
  32. Salam, Saja Nak Kongsi Pengalaman,
    -Sebagai Pelukis Pelan kita kena ada prinsip & Disiplin untuk gaji tinggi.

    Recepi Kejayaan:
    - Rajin tambah ilmu & cuba selesaikan Kerja dengan betul
    - Tepati masa & bertangungjawab terhadap kerja kita.
    - Setiap kerja yg susah & beban yang kita pikul itulah pengalaman kerja
    - Berusaha untuk jadi yang terbaik dikalangan drafter yang lain.
    - Pilih Organisasi yang ada Sijil ISO kalau nak gaji tinggi

    Resepi kegagalan:
    -Tak hormat Bos & Rakan sekerja
    -Tak siapkan kerja & malas kerja lebih masa (balik cepat)
    -Sikap lepas tanggan.
    -Ponteng kerja.
    -Syarikat tempat anda kerja kedekut


    Jawatan: Senior Draughtsman (C&S)
    P. Kerja: 17 Tahun
    Gaji mula: RM850 (1997) Gaji skg : RM4200 (2013) Alhamdulillah

    * gaji saya masih rendah dibandingkan dgn Rakan Sekerja yg Lain
    ** kalau rasa bos kita kedekut berenti je..cari kerja lain berdasarkan pengalaman kerja yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gred J17..kerja Gov ke bro?..17 tahun lama tu...so apa yang ada skill selama 17 Tahun?..

      Delete
  33. Betul ape yang Redkebaya tulis. Yang penting kite kena berani.
    Berani berenti kerja dan mintak gaji berdasar kan ape yang kita mampu buat.
    Rezeki Allah yang beri yang penting kita mintak dengan Allah Dulu Insyaallah dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro..buat setakat mampu, kalau berusaha lagi..lagi lebih dapat, ALLAH S.W.T tidak sekat apa kita nak buat dan yang penting halal, ikhlas, amanah dan,jujur..

      Delete
  34. salam, nk tanya.. berbaloi ke kalau saya nk sambung belajar plan designer ni? saya mmg minat bab2 3d... Or, perlu ke saya ambil kos 3d animation daripada plan designer? mana satu lagi menjamin masa depan saya y?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari ilmu xkisah termasuk pgalaman sekali, so..tak rugi... ilmu kan. Yang rugi nyer dari segi masa , dan umur. Kalau nak masuk kelas, ke apa-apa xrugi..akan tetapi kalau umur dah masuk 28 29 30 tahun lebih so company susah ckit nak ambil dan kalau umur mcm ni confirm nak gaji besar dan company lagi baik ambil yg fresh2 pekerja so bayar murah. Oleh itu bergantung kepada majikan la..ada yang ambil juga dan ada tak (bergantung kpd bisness company). Selain itu kalau dari aku skill dah ada dan pgalaman dah ada..so ambil job luar dan ini bagi yg minat..atau jadi pengkongsian / partner.

      Delete
  35. Sоmeone essentially hеlp to maҟe sеriously articles Ι woսld statе.Thiss iis tҺe fіrst time Ι frequented ƴour website
    age anԀ tɦuѕ far? I ammazed with tɦe reѕearch yoou mɑde
    to make this particular puut սp incredible. Wonderful activity!


    Ңere іs mү blog post ... houses for rent

    ReplyDelete
  36. lumayan jgk gaji pelukis pelan ni, ikut pd bidang masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. lumayan kalau keja drafter secara kontrak atau tender sesuatu projek dan manakala kalau kerja secara tetap gaji ditentukan oleh majikan dan ikut pglaman cth lain banefit, kemudahan staf dan lain2 berkaitan.

      KONTRAK / TENDER KERJA (ikut PROJEK (CONTOH)
      10 TAHUN KONTRAK (KOS 10JUTA)
      dlm 10Juta kontrak ini dan itu gaji yg anda dpt bahagi kos utk design, drafting dan lain2.


      TETAP KERJA
      BENEFIT + SALARY = RMXXXX

      Delete
  37. salam, saya dah nak dekat setahun kerja dengan pelukis pelan berdaftar. so far gaji skrg rm900 je.. belum tolak epf dan sokso lagi..kerja mmg banyak sgt sbb pkerja 2 orang je tmsuk saya. drawing mmg selalu nk cpt je.. saya ade sijil skm tahap 3 je.. memandangkan saya rasa mcm tak ckop gaji yang sekarang ni, saya rasa nak buat partime draughtsman.. boleh tak share tips2 buat partime ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, anda kerja sudah berapa lama?, dan kerja scope dalam industri apa?. Soal gaji itu biasa ikut industri atau peradaban zaman, diikut gaji anda skg dapat RM900 itu agar kecil adakah RM900 basic sahaja atau ada aluan dan banefit lain?..cth RM900 + aluan + mediacal dan total =RM1500 ?. Selain itu , kalau dalam industri swasta, gaji seseorang pelukis pelan starting dlm RM1000 ke atas bagi fresh 1 tahun kebawah dan boleh rujukan list diatas.

      Delete
    2. masalah anda ini, syarikat itu ambil peluang dari anda..so kami harap anda berhati-hati dan bnyak pertanyaan kepada majikan anda. Ini perlu sbb kita ada hak dan hendak elak tertipu dari majikan. Selain itu kami harap anda cari kerja tempat lain kalau la sykt tpt anda tipu anda dan buat report kepada persatuan perkerja utk elak lagi terkena pada org lain.

      Delete
    3. syarikat kami mencari drafter civil n structure, boleh hantar emel ke zbmconsult@yahoo.com.my, beroperasi di shah alam..gaji mungkin boleh up sikit.

      Delete
  38. drafter2 sekalian...sy ni fresh graduate...start keje blan 5 thun lpas starting gaji 1.5k skrg blan 3 2014 dh 1.7k..so mcm mna rate gaji ni??msih rndah or??? mnx pndapat cikgu2 yg dh lma dlam bidang ni..keje kt area k.L

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji bergantung pada majikan anda dan jenis industri. Cth mcm anda kot2 gaji dlm dari Rm1500 ke Rm1700 adakah ada lebih benefit lain cth elaun mkn, medical atau lain?. kadang2 majikan walau bagi gaji tak sebesar mana tp benefit lain byk dan total gaji + benefit = anggaran lebih kurang Rm2000-Rm3000 juga. Selain itu gaji mengikut area cth anda kat KL , majikan perlu fhm area KL byk kos2 lain cth parking, mkn dan lain sudah tinggi so gaji pekerja area KL, mcm drafter kalau boleh dlm Rm2000 ke atas dan ini utk yg tetap kecuali kerja kontrak lain.

      Delete
  39. Assalamualaikum..saya bermula dalam bidang ni dari tahun 1996 hingga sekarang...dah dekat 18 tahun dah...kadar gaji bagi bidang ni tak tentu mengikut bidang, kemahiran, pengalaman dan syarikat...wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami syorkan kalau sudah 18 tahun kerja dalam drafter, anda baik buat business sendiri dlm bidang ini. cth pelukis pelan berdaftar, encik rizal drafter apa ek ?bangunan ke?.

      Delete
  40. Alhamdulillah...syukur atas rezeki yg diberi...tingkatkan lagi kemahiran dan kelajuan...juga tingkatkan pengetahuan tentang bidang yang diceburi..insyaallah...boleh ke arah yang lebih baik lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek kata...di situ kemahuan dan di situ ada kemajuan...

      Delete
  41. syarikat kami memerlukan seorang drafter yang berpengalaman 1 tahun kebawah, jika ada sesiapa berminat boleh emelkan resume ke zbmconsult@yahoo.com.my atau hubungi kami di 03-78421699.

    ReplyDelete
    Replies
    1. partime boleh tak?..partime lagi jimat kos bagi company yang bajet..

      Delete
  42. salam bro, blog Drafter Malaysia draftermal.net ni aktif lgi ke x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ini off jap dan tukar kepada whatsapp dan FB. skg update dan rombak pengurusan baru dlm draftermal. nama terbaru Draftermal Association dan sudah daftar secara rasmi dalam persatuan. untuk keterangan lanjut boleh contact presiden 019-306 2298 (Encik firdaus)

      Delete
  43. Salam Semua Sahabat,

    Saya tak dapat nak baca semua posting di atas, hanya sebahagian dan beberapa kerat saja. Izinkan saya cadangkan beberapa alternatif untuk Drafter2 yang berpengalaman dan juga yang baru nak menceburi bidang Drafting.

    Saya ingin cadangkan supaya Drafter semua explore aplikasi selain dari CAD. Aplikasi CAD di pasaran sendiri ada banyak, antaranya AutoCAD (yang sudah tentu paling popular setakat ini), IntelliCAD (progeCAD, GStarCAD, TiffinCAD, etc...), Vectorworks, DraftSight, CorelCAD, dan banyak lagi (tak larat nak type semua rasanya..)

    Rata-rata Drafter sudah mahir dengan penggunaan aplikasi CAD terutamanya yang menggunakan format DWG. Dan tidak dinafikan kemahiran yang ada pada setiap Drafter sekalian tinggi dan hebat2 belaka.

    Saya merasakan sudah tiba masanya para Drafter sekalian untuk upgrade kepada penggunaan aplikasi berkaitan BIM (Building Information Modeling) yang mana akan menjadi satu keperluan penting di masa akan datang (jangan tunggu waktu tu datang... tapi mulakan dari sekarang).

    Antara aplikasi yang banyak digunakan setakat ini adalah Revit, ArchiCAD, Vectorworks, Tekla, Microstation, AllPlan dan beberapa lagi yang lain. Insyallah sekiranya tiada halangan akan ada juga produk BIM tempatan (tidak dapat dipastikan lagi exact date).

    Kalian semua sebagai Drafter yang berpengalaman dalam bidang lukisan senibina dan kejuruteraan termasukan binaan. Jadi saya merasakan amat sesuai kalau kalian semua explore aplikasi berkaitan BIM. Aplikasi CAD yang disebutkan sebelum ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari BIM Solution software. BIM tidak bergantung pada satu software sahaja dan bukan 3d model semata2. Ianya lebih dari itu.

    Antara kelebihan menggunakan aplikasi BIM, kerja Drafter akan menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa secara tidak langsung. Bayangkan kita hanya lukiskan Layout Plan (dalam masa sama 3D model), dan apabila hendak buat Section hanya perlu nyatakan lokasi keratan dan Section akan terbina dengan sendirinya dengan detailing yang kita tentukan. Elevation juga siap terbina secara automatik. Ini baru antara kelebihannya, ada banyak lagi.

    Banyak lagi yang boleh diceritakan berkenaan BIM. Saya tidaklah pakar dalam BIM dan dalam proses mendalami bidang ini juga.

    Saya berharap Drafter sekalian beri peluang kepada diri masing2 untuk explore aplikasi berkaitan BIM dan secara tidak langsung menaiktaraf status masing2. Kerjaya berkaitan BIM laku di seluruh dunia.
    Kemungkinan Malaysia akan implement BIM untuk projek akan datang, bermula 2015 atau 2016 (rasanya 2016 kut, sebab persediaan terperinci diperlukan...)

    CIDB, JKR dan badan2 berkaitan dalam usaha menjadikan BIM sebagai salah satu keperluan dalam setiap projek berkaitan.

    BIM tidak dan bukannya menggantikan CAD. Ianya lebih kepada satu solution yang membantu perjalanan projek pembangunan berdasarkan kriteria2 tertentu.

    Cuba search "BIM" di internet untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Nizam Mahmud
    CAD/BIM Consultant and Instructor
    Autodesk Certififed Profesional | Adobe Certified Reseller | CAD/BIM Service Provider
    cadsifu@trn2u.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ada persatuan draftermal Association yang berdaftar dengan kerajaan malaysia (ROS) ,saya Timbalan Setiausaha..so..Encik nizam boleh kerjasama dgn persatuan kami untuk jangkamasa panjang dan program-program kami akan susunli dengan banyak aktiviti, terutama dlm draftermal CAD drafting, design.

      Delete
    2. Assalamualaikum,
      macam menarik jer aplikasi baru ni, ada kursus sambilan tak?

      Delete
  44. saya sgt setuju bahawa drafter tidak boleh selesa dengan satu applikasi CAD sahaja.
    perlu belajar apps yang lain supaya boleh bermain dengan majikan untuk gaji yang lebih tinggi. -dF.Fadz (drafter in civil engineering & rainwater harvesting system in malaysia)

    ReplyDelete
  45. saya nak cari pelukis pelan berpengalaman 3 hingga 5 tahun. Lokasi Ajil dan Kuala berang terengganu. Anggaran Mula kerja tahun depan. Siapa berminat boleh whatapp saya di 0199571071. Gaji RM 3 hingga RM 5k

    ReplyDelete
  46. saya memerlukan pelukis pelan atau designer tahun depan. gaji 3 hingga 5k sebulan. Nak mula projek tahun depan. Lokasi ajil dan kuala berang. whatsapp saya 0199571071 nuhairi

    ReplyDelete
  47. utk iklan sila daftar dgn draftermal association..

    ReplyDelete
  48. asalam saya graduate di gmi bangi diploma product design and manufactring pada december 2013, skrg saya baru 5 bulan bekerja di nusajaya johor bahru , drafter basic 2000,mnyk kereta 500, elaun makan 140 dan elaun attendance 60, mcm mne ok tak, first kerja...

    ReplyDelete
  49. Zamri : baru kerja biasa la, lagi2 first keja dengan pglaman lum ada dan kena bertahan sedikit. Soal gaji kena terima la dan sesuai dgn kelayakan akedemik. Basic Rm2000 tu dah ok sbb ada diploma dan sesudah ada pglaman 1 - 3 tahun gaji ni boleh naik lagi..akan tetapi lihat kepada industri anda kerja.

    Satu lagi skill anda perlu banyakan lagi, Skill CAD, skill lain2..ini sbb company akan nilaikan. TQ

    ReplyDelete
  50. sya graduan dari politeknik dalam bidang kejuruteraan awam dan mempunyai sijil kemahiran dan kecekapan pelukis pelan senibina.. saya dh bekerja selama 2 tahun, dan bru2 ni sya brtukar tmpat kerja dengan starting rm 1000.. adakah gaji yang sya terima ni berbaloi dengan pengalaman yang sya ada..walaupun tempat kerja di area alor setar..
    sekiranya ada sesiapa yang tahu kerja kosong di sebagai pelukis pelan atau pembantu teknikal di area alor setar, sila emel di emel saya : fathiyahazmi@gmail.com

    ReplyDelete
  51. Pengalaman 1th. kebawah - RM 1500 (min. / landing)
    Pengalaman 3th. kebawah - RM 2500 (min. / landing)
    Pengalaman 5th. kebawah - RM 4000 (min. / landing)
    Pengalaman 7th. kebawah - RM 5500 (min. landing)
    Pengalaman 10th. kebawah - RM 6500 (min. landing)

    reality bagi tahun 2014 (everything based on software you use)

    kalau nak murah cari indon or filiphino mereka pon ramai besepah dalam oil n gas malaysia... bagi mereka buat M&E dn Oil & gas.
    add information for the manpower supply staff (by agent)

    salary+allowance+OT

    Pengalaman 3th. kebawah - RM 2500 + 1000 + Overtime in malaysia
    Pengalaman 5th. kebawah - RM 4000+ 2000 above + Overtime in malaysia or oversea
    Pengalaman 7th. kebawah - RM 5500 + 2500 above + Overtime in malaysia or oversea
    Pengalaman 10th. kebawah - RM 6500 + 3000 above + Overtime in malaysia or oversea

    gaji freelancer unlimited base on project or one sheet drawing min Rm150-500 based on specification..

    ReplyDelete
  52. salam, kalau macam saya gaji starting fresh graduate tahun 2011 ialah rm1800. sebab saya ada diploma kejuruteraan awam dan sijil skm 1&2 cad senibina. jadi boleh main harga kat situ. lepastu saya quit. konon2 nak sambung belajar. tapi tak habis belajar, saya kerja balik. saya minta kat company lain dengan letak expected salary rm2400 tapi company yg saya kerja skang tak bagi dengan alasan pengalaman saya bekerja baru setahun lebih. gaji yang saya minta tu boleh dapat kalau kerja lebih 2 @ 3 tahun. so saya terima gaji rm2000 sahaja. masih lagi menunggu increament, tapi tak da khabar gembira lagi. bagi saya, kita kalau nak minta gaji kat sesuatu tempat kerja kena pandai main harga. bagi yang fresh graduate, saya nasihatkan try letak harga tinggi sikit. baru dia nampak kita ni confident dan dia pun confirm tak kisah kita minta gaji berapa. ni bagi pendapat saya lah.

    ReplyDelete
  53. soal gaji ini, memang susah nak tentukan, dan tak habis kalau utk di bincangkan, ini bergantung kepada majikan,pasaran semasa atau business, selain daripada kelayakan / pengalaman dan kemahiran individu. Dengan itu, pglaman kami dapat dari makluman dari majikan, soal gaji rendah tinggi bergantung business dan benefit sesebuah syarikat. Ada yang gaji tinggi tp benefit tiada dan ada gaji rendah benefit byk. Kedua-dua ini ada kaitan, rundingan antara pekerja dgn majikan perlu bagi mengelakkan penimpuan dan ini ada kes. Untuk zaman sekarang kos sara hidup tinggi, gaji drafter memang berubah2 bergantung kepada ekonomi sesebuah negara dan untuk majikan perlu faham juga keperluan seseorang drafter / technical. Bagi level drafter sudah bersaing dan sama level dgn engineer, tiada drafter tak gerak sesuatu project.

    Harap mber2 luar sana dapat makluman ini.

    ReplyDelete