MEMANG diakui tahun 2020 yang bermula hari ini cukup mencabar bagi kita semua.
Bermula
daripada rakyat marhaen, pihak kerajaan hinggalah kepada pemimpin dunia
lain, semuanya mengakui tahun yang mendatang ini mempunyai cabaran
tersendiri yang harus dihadapi.
Bagi kita rakyat bawahan, sudah
pasti kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran seperti persekitaran
ekonomi yang tidak menentu, ringgit yang rendah, kos sara hidup yang
meningkat, pendapatan yang tidak menentu dan yang terbaru penyakit COVID-19, bukan di malaysia sahaja malah seluruh dunia.
Bagaimana cara kita untuk menanganinya?
Jika digariskan, banyak lagi cabaran yang menanti kita semua. Namun tanganilah dengan bijak.
Antara
petikan kata-kata yang trending di media sosial berkaitan tahun baru
ialah: “Pada tahun 2020 ini, aku tak mahu lagi hidup dalam tekanan dan
stress. Tak perlu menjadi kaya atau popular. Aku hanya mahu hidup
gembira.” Petikan kata-kata itu sedikit sebanyak dapat membantu kita
untuk menjadi lebih tenang dan ceria dalam menghadapi tahun 2020.
sumber sinar harian
This is blog provides information about teaching and technology, CAD / CAE / CFD. In addition we also provide 2D/3D & Analysis drawings into your computer using CAD-CAE-CFD. Email :mycadcaexs@gmail.com or mycadnik@yahoo.com Facebook : www.facebook.com/mycadnik.draftingdesign Appropriate to :CAD designer, Draftsman, Design engineer, CAE-CFD Engineer. (FREELANCE)
Saturday, May 16, 2020
Thursday, August 30, 2018
Teknologi & Islam
Falsafah sains dan teknologi Islam
Falsafah sains dan teknologi Islam
Sains berasal daripada perkataan Latin scientia atau ‘ilm dalam bahasa Arab yang bermaksud ilmu. Sains merupakan cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti dengan fakta-fakta hasil tinjauan, cerapan dan susunan yang teratur dalam bentuk hukum-hakam. Sementara teknologi berasal dari perkataan Latin, tekne yang bermaksud kemahiran atau craft iaitu kemahiran manusia yang diperoleh melalui pengetahuan dan kelaziman.Dalam falsafah ilmu Islam, ilmu yang sebenarnya ialah ilmu yang mampu membimbing manusia mengenali dan mendekati Allah s.w.t. Oleh itu, sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat tersebut. Contohnya, menggunakan sains dan teknologi untuk kebaikan manusia sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Falsafah ilmu dalam Islam sangat berbeza daripada falsafah ilmu menurut kefahaman sekularisme. Dalam Islam, ilmu dibimbing oleh wahyu dan berpegang kepada prinsip Allah s.w.t., sementara ilmu dalam pemikiran Barat bertunjangkan falsafah yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan nilai-nilai agama.
Ciri-ciri sains dan teknologi Islam
Antara ciri-ciri sains dan teknologi Islam ialah seperti berikut:
1. Berteraskan prinsip tauhid
Seluruh alam semesta termasuk makhluk
manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. Kewujudan alam semesta termasuk
proses sebab-musabab dan segala fenomena yang berlaku daripada
sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ditentukan oleh Allah s.w.t.
sebagai tanda kebesaran dan keagungan-Nya.
2. Integrasi antara ilmu akal dan ilmu naqal (Wahyu)
Pencapaian sains dan teknologi adalah pencapaian minda yang dikenali al-ulum al-aqliyyah (ilmu akal). Namun ulum al-aqliyyah perlu diintegrasikan atau digabungkan dengan ulum al-naqliyyah
(ilmu wahyu). Contohnya, Islam menggalakkan penerokaan alam semesta
dengan sains dan teknologi, namun tujuannya adalah untuk mengenali
kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
3. Alam sebagai pembawa mesej
Dalam sains Islam, alam semesta dan
fenomena tabii merupakan Kitab Allah yang mengandungi dan merakamkan
pelbagai mesej, rahsia dan ilmu yang disampaikan oleh Allah s.w.t.
kepada manusia untuk berfikir dan merenung tentang kejadian ciptaan
Allah s.w.t. yang sungguh hebat. Alam nyata ini tidak wujud sendiri
tanpa Penciptanya, iaitu Allah s.w.t. Sifat tabii bukanlah sesuatu yang
bersifat semula jadi, kebetulan, tidak sengaja dan tidak ditentukan oleh
keadaan dan kehendak alam. Sebaliknya, segala kejadian adalah tertakluk
kepada kehendak dan kekuasaan-Nya.
4. Kebenaran hakiki adalah kebenaran wahyu
Menurut Islam, segala pencapaian sains dan teknologi tidak bermakna jika kebenaran mutlak (absolute truth)
dinafikan. Kebenaran berasaskan pengetahuan empirik (ilmu sains dan
teknologi) harus menerima hakikat kebenaran metafizik iaitu tentang
kebenaran wujudnya Allah s.w.t.
5. Sains dan teknologi mengukuhkan keimanan
Sains Islam penuh nilai keberkatan ilmu (blessing), kebijaksanaan (wisdom), ketajaman daya faham (tafaqquh) dan kebenaran (al-haqq).
Pencapaian sains dan teknologi adalah anugerah ilmu yang mempunyai
pelbagai maklumat untuk menyakinkan manusia dengan bukti bahawa Allah
s.w.t. adalah Pencipta, Pendidik dan Pemelihara alam semesta ini.
Evolusi sains dan sumbangan kepada tamadun manusia
Evolusi sains iaitu perkembangan sains adalah satu topik yang sangat menarik kerana anda berpeluang memahami perkembangan sains secara ilmiah. Pada umumnya, evolusi sains telah melalui beberapa tahap dari segi sejarah sains iaitu Sains Yunani, Sains Islam dan Sains Barat Moden.
Tahukah anda bahawa sains moden yang berkembang pesat di Barat sejak abad ke-17 dikatakan berasal daripada tamadun Yunani kuno. Tamadun Yunani muncul hasil interaksi budaya Mesopotamia, Babylon dan Mesir kuno. Asas falsafah Sains Tamadun Yunani ialah kebendaan atau dikenali sebagai materialisme. Namun begitu, perkembangan sains dalam tamadun Islam yang berlaku sejak abad ke-8 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi adalah berpaksikan agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Kekuatan rohani dan material yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi.
Dalam konteks tamadun Islam, anda boleh saksikan bahawa sains Islam telah mencapai perkembangan yang pesat dan banyak menyumbang ke arah kemajuan tamadun manusia dalam pelbagai bidang. Malah al-Qur’an yang merupakan sumber utama tamadun Islam banyak mengandungi maklumat-maklumat tentang kajian sains yang telah membantu para cendekiawan Islam untuk mengembangkan kajian bidang sains. Terdapat lebih kurang 756 ayat al-Qur’an, iaitu satu perlapan daripada keseluruhan al-Qur’an yang menyeru manusia mengkaji dan meneliti tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang wujud dalam alam tabii. Ayat-ayat inilah yang menjadi pendorong kepada saintis Islam lampau untuk meneroka dan mengkaji pelbagai bidang ilmu yang telah memberi sumbangan besar kepada tamadun manusia seluruhnya. Bincangkan.
rujukan dari pengajianislam.pressbooks
Tuesday, October 3, 2017
F1 Malaysia ke tahap baru
BERMULA dengan penubuhan Proton pada 1985 dan Perodua pada 1993,
sektor automotif negara terus melakar perkembangan yang membanggakan di
peringkat antarabangsa.
Malaysia mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara membangun yang mempunyai kemampuan kejuruteraan dan reka bentuk automotif sendiri.
Belum pun sedekad perkembangan industri itu di negara ini, iaitu dalam usia yang masih setahun jagung, Malaysia mencatat sejarah apabila terbabit secara langsung dalam sukan lumba kereta paling berprestij iaitu Perlumbaan Formula Satu (F1).
Ia dicapai hasil kerjasama dan penglibatan secara serius syarikat minyak dan gas negara iaitu Petronas dalam perlumbaan F1 dengan pasukan Sauber Engineering Switzerland (Sauber) pada 1995.
Sejak itu, perlumbaan F1 dan Malaysia bukan lagi sesuatu yang asing. Malaysia menjadi negara ASEAN pertama yang memiliki litar F1 sendiri iaitu Litar Antarabangsa Sepang yang buat pertama kalinya menganjurkan Kejohanan Formula One Dunia bagi musim ke-50 pada Oktober 1999.Malaysia juga pernah melahirkan pelumba F1 tempatan iaitu Alex Yoong yang berlumba untuk pasukan Minardi selain barisan pelumba pelapis seperti Fairoz Fauzi yang mencipta nama dalam sukan permotoran F3.
Penglibatan berterusan Malaysia dalam perlumbaan F1 pernah beberapa kali membawa kepada hasrat untuk menyaksikan sebuah pasukan F1 yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya.
Keyakinan itu juga berlandaskan kepada kejayaan kumpulan pertama jurutera tempatan Petronas menghasilkan enjin komersial prototaip Petronas E01.
Enjin ini dilahirkan melalui Sauber Petronas Engineering AG (SPE) yang ditubuhkan khusus untuk memajukan keupayaan teknikal dalam arena F1 dan kejuruteraan automotif komersial pasukan F1 Petronas-Sauber Red Bull pada 30 Mac 1996.
Ia dibangunkan dalam tempoh 16 bulan oleh sepasukan 15 jurutera Petronas daripada tiga kumpulan iaitu Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD), Kejuruteraan Bantuan Komputer (CAE) dan Pembangunan.
Itu adalah cerita 10 tahun yang lalu. Dengan perkembangan pesat teknologi kejuruteraan automotif negara, serta perpindahan teknologi hasil pelaburan Petronas, Malaysia hari ini mempunyai pasukan jurutera dan pereka automotif tempatan yang berkaliber. Malah, kita juga tidak kurang dengan pekerja-pekerja mahir yang setanding dengan syarikat pengeluar kenderaan terkemuka lain di dunia.
Justeru apabila Malaysia menerusi pasukan F1-1Malaysia menjadi pasukan ke-13 dalam F1, ia ibarat impian menjadi kenyataan.
Selepas kejayaan demi kejayaan dilakarkan oleh industri automotif negara, sewajarnya prestij sebagai pasukan F1 itu menjadi standard terbaru kepada keupayaan kejuruteraan dan reka bentuk automotif nasional.
Ia seolah-olah membawa industri automotif negara melangkah setapak lagi ke peringkat yang lebih tinggi dan semestinya disegani. Keyakinan itu sendiri membayangkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai kemampuan dari segenap sudut untuk menjadi pesaing di litar lumba motor paling berprestij tersebut.
Dari satu sisi, ia membuka mata pemain di dalam industri automotif antarabangsa terhadap kepakaran kejuruteraan dan reka bentuk yang dimiliki negara.
Aspek pengembangan jenama seperti ini pastinya memberi banyak kelebihan kepada industri automotif negara termasuk membuka lebih banyak peluang pelaburan dalam bidang berkaitan.
Bagi pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Hamdan Ahmad keputusan kerajaan itu merupakan langkah berani dalam melonjakkan industri automotif tempatan. Sebagai pesaing baru dalam arena sukan tersebut, Malaysia menurut beliau, masih terlalu jauh untuk menandingi pasukan-pasukan F1 lain. Namun kesungguhan kerajaan menubuhkan pasukan F1 tempatan pertama itu menjadi langkah pertama untuk Malaysia turut muncul sebagai pasukan yang hebat satu hari nanti.
''Dari sudut kelengkapan seperti litar perlumbaan, kejuruteraan, kepakaran malah sehingga kepada pelumba, kita sudah ada. Jadi dengan sedikit masa, tidak mustahil pasukan F1 tempatan kita mampu mengharumkan nama negara," katanya.
Beliau menambah, pembabitan secara serius negara dalam sukan berprestij ini turut memberi peluang kepada syarikat tempatan mengembangkan jenama dengan lebih meluas. Kerjasama menerusi penajaan itu secara tidak langsung memberi pulangan yang besar kepada syarikat tersebut dalam jangka masa panjang.
Sesuatu yang pasti, keberanian kerajaan untuk menubuhkan pasukan F1 tempatan ini akan mencetus kepada lebih banyak revolusi dalam industri automotif negara pada masa-masa akan datang.
Tinggal sejauh mana lagi seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan kepada usaha besar ini dalam mengangkat imej dan nama negara di persada dunia.
Rujukan Utusan Malaysia.

Friday, September 8, 2017
Saturday, July 8, 2017
Perkhidmatan CAE/CFD
Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua..kami dari TEAM ANALYSIS ENGINEERING CAE /CFD. Kami memberi peluang kepada kawan-kawan untuk mendapatkan komisen sebanyak 15% untuk projek CAE dan CFD.. Caranya senang sahaja kawan-kawan perlu mencari company yang ingin mendapatkan teknikal expert dalam bidang CAE atau CFD Engineering dan menyalurkan projek tersebut kepada team kami.
Soal kepakaran tiada masalah, kerana kami mempunyai team mate yang sangat pakar serta harga yang berpatutan (BOLEH RUNDINGAN) berbanding harga di pasaran sekarang.
Kos bawah RM10k, minimum RM500, maksimum RM10K.
- terima kasih
Software CAE/CFD
• ANSYS V17.1
• LS-DYNA
TERIMA KASIH
Saturday, March 25, 2017
Pelaburan Digital Currently, Bitcoin
PELUANG UNTUK ANDA MENGUMPUL BITCOIN MELALUI PELABURAN DI ETHTRADE SEBANYAK2NYA. BUKAN SCAM TAPI REAL INVESTMENT.
ETHTRADE PLATFORM MINING (TRADE) MENGGUNAKAN WANG DIGITAL BITCOIN.
KEUNTUNGAN HARIAN ANTARA 0.6% HINGGA 1% (BERGANTUNG ATAS KEUNTUNGAN MINING SYARIKAT) , DAPAT MEMBEBASKAN ANDA DRP MASAALAH KEWANGAN.., IN SYAA ALLAH.
COMPOUNDING;
KEUNTUNGAN HARI INI DI CAMPURKAN DGN MODAL DAN KEUNTUNGAN SEBELUM2NYA AKAN DIJADIKAN MODAL UNTUK MINING KEESUKAN HARI. BEGITULAH SETERUSNYA. MINING 5 HARI SEMINGGU DAN TIADA MINING DI HARI2 CUTI SEDUNIA.
MINIMA PEMBELIAN BITCOIN RM60 (USD10).
DAPAT SEJUMLAH BITCOIN IKUT PASARAN SEMASA DAN ETHTRADE AKAN MININGKAN UTK ANDA. BOLEH TOPUP KEMUDIAN ATAS KEMAMPUAN ANDA
PAKEJ;
USD10 (RM60) HINGGA USD7000 (RM35,000)

DENGAN SISTEM COMPOUNDING DAN DENGAN ANDA JOIN PAKEJ RM60 (USD10) , BOLEH MENCAPAI 5 ANGKA RM SELEPAS 3 TAHUN. WALAU BAGAIMANA PUN ANDA BOLEH WITHDRAWA HARI2 SELEPAS MATANG 60 HARI TANPA KOMISEN CHARGE.
Tahu Kah Anda ???
🔹Bitcoin Adalah Duit..
🔹Duit adalah Bitcoin..
🔹Duit kertas dinamakan Fiat Money..
🔹Bitcoin adalah cryto currency..(Duit Digital).
🔹Duit kertas susut nilai dari hari ke hari.
🔹Duit Digital Naik NILAI dari hari ke hari.
🔹Simpan Di wallet untung kenaikan Rate( Price)
🔹Simpan Ethtrade Untung 15% - 25% Sebulan. Modal Minima 10usd@RM60.00
🔹Pm untuk Fahamkan Bitcoin n Kehebatan Bitcoin💥💥💥🚀🚀🚀😄
Jom Meroket Bersama Team Kami
'Sikit...lama2 jd bukit...'
Click link dibawah dan daftar percuma..
📞+6 011-21999914
https://ethtrade.org/@988913

📞
https://ethtrade.org/@988913
Subscribe to:
Posts (Atom)