Thursday, September 15, 2011

Kenderaan Elektrik Nasional Bakal Di Pandu Uji Di Putrajaya Melalui Usahasama PROTON, KeTTHA Dan MITI

NEW

PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2011 - PROTON hari ini menyerahkan sebanyak tiga unit model Saga ‘EV’ dan lima unit Exora ‘REEV’ kepada Pejabat Perdana Menteri serta empat lagi Kementerian Kerajaan iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF). Proton Saga ‘EV’ merupakan sebuah kenderaan elektrik, di mana ‘EV’ merupakan singkatan kepada ‘Electric Vehicle’. Proton Exora ‘REEV’ pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak, di mana ‘REEV’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘Range Extender Electric Vehicle’. 


 
Penyerahan kenderaan-kenderaan tersebut memenuhi fasa pertama Program Kenderaan ‘Fleet Test’ yang merupakan satu usahasama di antara PROTON, KeTTHA dan MITI dalam membantu usaha Kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastuktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia. Program ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas serta data mengenai penggunaan kenderaan elektrik PROTON tersebut merangkumi sistem, teknologi dan rekabentuk kenderaan serta tingkah laku pengguna.

Pengerusi PROTON YBhg. Dato’ Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh telah menyerahkan kenderaan-kenderaan tersebut kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak serta Menteri-menteri berkenaan yang mewakili kementerian masing-masing di satu majlis penyerahan yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Turut hadir di majlis berkenaan adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Penasihat PROTON, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, YBhg. Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang telah memberikan penerangan kepada YAB Perdana Menteri dan barisan Menteri kabinet berkenaan Program Kenderaan ‘Fleet Test’ serta kenderaan elektrik yang diserahkan.

Bersama-sama kenderaan elektrik, PROTON juga turut menyediakan kemudahan stesen pengecas (‘charging station’) kenderaan-kenderaan tersebut di premis Pejabat Perdana Menteri serta keempat-empat Kementerian yang terlibat. Sistem pengecas untuk kegunaan rumah juga akan dibekalkan kepada pemandu-pemandu kenderaan terbabit yang akan dikenalpasti daripada Pejabat Perdana Menteri dan keempat-empat Kementerian tersebut.

“Usahasama kami dengan pihak Kerajaan khususnya melalui pihak KeTTHA dan MITI dalam melaksanakan Program Kenderaan ‘Fleet Test’ ini adalah salah satu komitmen PROTON dalam menyokong objektif dan inisiatif Kerajaan untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh kenderaan dan memelihara masa depan alam sekitar. Penggunaan kenderaan elektrik yang meluas di Negara kita juga, sudah pastinya akan dapat mengurangkan pergantungan pengguna terhadap petrol dan ini akan dapat membantu pihak Kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan subsidi bahan api secara keseluruhan,” menurut Pengerusi PROTON, Dato’ Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh

“Selain daripada itu juga, saya percaya inisiatif ini akan dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan dan kepakaran Negara dalam bidang teknologi automotif berasaskan sumber tenaga alternatif. Dalam aspek pembangunan industri automotif pula, inisiatif ini juga akan memberi peluang kepada Malaysia secara amnya dan PROTON secara khususnya, untuk menerajui pembangunan teknologi automotif hijau di rantau ASEAN dan menjadi hab serantau bagi kenderaan berteknologi elektrik dan hibrid,” menurut Dato’ Sri Mohd. Nadzmi lagi.

Daripada sejumlah lapan kenderaan yang diserahkan oleh PROTON, satu unit Exora REEV akan diberikan kepada Pejabat Perdana Menteri dan setiap Kementerian Kerajaan yang terlibat, manakala khusus bagi KeTTHA, MITI dan MOT, setiap Kementerian tersebut akan turut menerima satu unit Saga ‘EV’.

“PROTON berbangga kerana pada hari ini kenderaan prototaip Saga ‘EV’ dan Exora ‘REEV’ telah sedia dipandu-uji dan kami tidak sabar untuk mendapatkan maklumbalas mengenai penggunaannya daripada semua pihak yang terlibat dalam menggunakan kenderaan tersebut sepanjang program ini. Maklumbalas ini akan membantu kami dalam melaksanakan penambahbaikan dan pengubahsuaian yang sewajarnya pada kenderaan-kenderaan tersebut dan ini pastinya amat diperlukan sebelum pengeluaran dan pengkomersilan kenderaan-kenderaan tersebut dilakukan kelak. PROTON amat berterima kasih di atas sokongan pihak Kerajaan kepada PROTON dalam melaksanakan Program Kenderaan ‘Fleet Test’ ini,” menurut Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON.

- Rujukan proton.com



Skop Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

 1. Menyiapkan kerja rekabentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian,
     kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

 2. Menyerahkan projek sistem mekanikal yang menepati, kualiti, masa dan
     kos yang ditetapkan.

 3. Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan, loji
     pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti,
     masa dan kos yang ditetapkan.

 4. Mengurus aset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan,
     kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan JKR yang dapat
     memenuhi keperluan semasa jabatan.

 5. Menyediakan khidmat rundingan teknikal berhubung dengan bidang
     kejuruteraan mekanikal kepada agensi kerajaan dan badan berkanun dengan
     tepat dan cepat.


FUNGSI CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

1. Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Mekanikal
    Melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan rekabentuk mekanikal di dalam projek-projek
    pembangunan negara yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya sama ada oleh Sektor
    Bisnes atau CKM sendiri seperti merancang, rekabentuk dan pengawasan perkhidmatan
    mekanikal dalam bangunan kerajaan sehingga penyerahan projek, termasuk kerja
    penyelenggaraan selepasnya. Perkhidmatan mekanikal dalam premis bangunan kerajaan
    adalah seperti berikut :


    a) Sistem Penghawa Dingin dan Pengalihan Udara
    b) Sistem Air Panas
    c) Sistem Pencegah Kebakaran
    d) Sistem Kelengkapan Kerusi Pergigian
    e) Sistem Bekalan Air dan Sanitari Dalaman
    f)  Sistem Pneumatic Tube
    g) Sistem Lif
    h) Sistem Automasi Bangunan ( BAS )
    i)  Sistem Kren
    j)  Sistem Pemampatan Udara
    k) Sistem Pam Penggalak
    l)  Sistem Kebuk Wasap
   m) Sistem Gas Perubatan
   n)  Sistem Kolam Hidroterapi
   o)  Sistem Dandang dan Stim
   p)  Sistem Penunu
   q)  Sistem Penstril
   r)  Sistem Kelengkapan Dobi
   s)  Sistem Kelengkapan Dapur dan LPG


-Rujukan dari JKR Malaysia

Sunday, September 11, 2011

PECIPTA 2011



PECIPTA 2011 aims to exhibit a diverse range of products, inventions and innovations from institutions of learning in Malaysia and abroad. It aspires to orchestrate opportunities and networking for researchers and inventors.

The PECIPTA 2011 objectives are:

• to brace innovation-led economy
• to engage business and industry partners
• to fast-track products to market
• to inculcate innovation among rural students

PECIPTA 2011 will emphasise:

• Forming of business
• Wider participation from institutions of learning
• Budding researchers
• Research products obtaining support for businesses


-source http://www.pecipta2011.uitm.edu.my