Tuesday, October 3, 2017

F1 Malaysia ke tahap baru

BERMULA dengan penubuhan Proton pada 1985 dan Perodua pada 1993, sektor automotif negara terus melakar perkembangan yang membanggakan di peringkat antarabangsa.
Malaysia mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara membangun yang mempunyai kemampuan kejuruteraan dan reka bentuk automotif sendiri.

Belum pun sedekad perkembangan industri itu di negara ini, iaitu dalam usia yang masih setahun jagung, Malaysia mencatat sejarah apabila terbabit secara langsung dalam sukan lumba kereta paling berprestij iaitu Perlumbaan Formula Satu (F1).

Ia dicapai hasil kerjasama dan penglibatan secara serius syarikat minyak dan gas negara iaitu Petronas dalam perlumbaan F1 dengan pasukan Sauber Engineering Switzerland (Sauber) pada 1995.
Sejak itu, perlumbaan F1 dan Malaysia bukan lagi sesuatu yang asing. Malaysia menjadi negara ASEAN pertama yang memiliki litar F1 sendiri iaitu Litar Antarabangsa Sepang yang buat pertama kalinya menganjurkan Kejohanan Formula One Dunia bagi musim ke-50 pada Oktober 1999.Malaysia juga pernah melahirkan pelumba F1 tempatan iaitu Alex Yoong yang berlumba untuk pasukan Minardi selain barisan pelumba pelapis seperti Fairoz Fauzi yang mencipta nama dalam sukan permotoran F3.


Penglibatan berterusan Malaysia dalam perlumbaan F1 pernah beberapa kali membawa kepada hasrat untuk menyaksikan sebuah pasukan F1 yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya.
Keyakinan itu juga berlandaskan kepada kejayaan kumpulan pertama jurutera tempatan Petronas menghasilkan enjin komersial prototaip Petronas E01.

Enjin ini dilahirkan melalui Sauber Petronas Engineering AG (SPE) yang ditubuhkan khusus untuk memajukan keupayaan teknikal dalam arena F1 dan kejuruteraan automotif komersial pasukan F1 Petronas-Sauber Red Bull pada 30 Mac 1996.

Ia dibangunkan dalam tempoh 16 bulan oleh sepasukan 15 jurutera Petronas daripada tiga kumpulan iaitu Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD), Kejuruteraan Bantuan Komputer (CAE) dan Pembangunan.
Itu adalah cerita 10 tahun yang lalu. Dengan perkembangan pesat teknologi kejuruteraan automotif negara, serta perpindahan teknologi hasil pelaburan Petronas, Malaysia hari ini mempunyai pasukan jurutera dan pereka automotif tempatan yang berkaliber. Malah, kita juga tidak kurang dengan pekerja-pekerja mahir yang setanding dengan syarikat pengeluar kenderaan terkemuka lain di dunia.

Justeru apabila Malaysia menerusi pasukan F1-1Malaysia menjadi pasukan ke-13 dalam F1, ia ibarat impian menjadi kenyataan.
Selepas kejayaan demi kejayaan dilakarkan oleh industri automotif negara, sewajarnya prestij sebagai pasukan F1 itu menjadi standard terbaru kepada keupayaan kejuruteraan dan reka bentuk automotif nasional.

Ia seolah-olah membawa industri automotif negara melangkah setapak lagi ke peringkat yang lebih tinggi dan semestinya disegani. Keyakinan itu sendiri membayangkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai kemampuan dari segenap sudut untuk menjadi pesaing di litar lumba motor paling berprestij tersebut.
Dari satu sisi, ia membuka mata pemain di dalam industri automotif antarabangsa terhadap kepakaran kejuruteraan dan reka bentuk yang dimiliki negara.

Aspek pengembangan jenama seperti ini pastinya memberi banyak kelebihan kepada industri automotif negara termasuk membuka lebih banyak peluang pelaburan dalam bidang berkaitan.
Bagi pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Hamdan Ahmad keputusan kerajaan itu merupakan langkah berani dalam melonjakkan industri automotif tempatan. Sebagai pesaing baru dalam arena sukan tersebut, Malaysia menurut beliau, masih terlalu jauh untuk menandingi pasukan-pasukan F1 lain. Namun kesungguhan kerajaan menubuhkan pasukan F1 tempatan pertama itu menjadi langkah pertama untuk Malaysia turut muncul sebagai pasukan yang hebat satu hari nanti.

''Dari sudut kelengkapan seperti litar perlumbaan, kejuruteraan, kepakaran malah sehingga kepada pelumba, kita sudah ada. Jadi dengan sedikit masa, tidak mustahil pasukan F1 tempatan kita mampu mengharumkan nama negara," katanya.

Beliau menambah, pembabitan secara serius negara dalam sukan berprestij ini turut memberi peluang kepada syarikat tempatan mengembangkan jenama dengan lebih meluas. Kerjasama menerusi penajaan itu secara tidak langsung memberi pulangan yang besar kepada syarikat tersebut dalam jangka masa panjang.
Sesuatu yang pasti, keberanian kerajaan untuk menubuhkan pasukan F1 tempatan ini akan mencetus kepada lebih banyak revolusi dalam industri automotif negara pada masa-masa akan datang.

Tinggal sejauh mana lagi seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan kepada usaha besar ini dalam mengangkat imej dan nama negara di persada dunia.

Rujukan Utusan Malaysia.

Friday, September 8, 2017

16th Annual AUGI Salary Survey.

                  




Saturday, July 8, 2017

Perkhidmatan CAE/CFD

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua..kami dari TEAM ANALYSIS ENGINEERING CAE /CFD. Kami memberi peluang kepada kawan-kawan untuk mendapatkan komisen sebanyak 15% untuk projek CAE dan CFD.. Caranya senang sahaja kawan-kawan perlu mencari company yang ingin mendapatkan teknikal expert dalam bidang CAE atau CFD Engineering dan menyalurkan projek tersebut kepada team kami. Soal kepakaran tiada masalah, kerana kami mempunyai team mate yang sangat pakar serta harga yang berpatutan (BOLEH RUNDINGAN) berbanding harga di pasaran sekarang. Kos bawah RM10k, minimum RM500, maksimum RM10K. - terima kasih Software CAE/CFD • ANSYS V17.1 • LS-DYNA TERIMA KASIH

Saturday, March 25, 2017

Pelaburan Digital Currently, Bitcoin

PELUANG UNTUK ANDA MENGUMPUL BITCOIN MELALUI PELABURAN DI ETHTRADE SEBANYAK2NYA. BUKAN SCAM TAPI REAL  INVESTMENT.

ETHTRADE PLATFORM MINING (TRADE) MENGGUNAKAN WANG DIGITAL BITCOIN.

KEUNTUNGAN HARIAN ANTARA 0.6% HINGGA 1% (BERGANTUNG ATAS KEUNTUNGAN MINING SYARIKAT) , DAPAT MEMBEBASKAN ANDA DRP MASAALAH KEWANGAN.., IN SYAA ALLAH.

COMPOUNDING;

KEUNTUNGAN HARI INI DI CAMPURKAN DGN MODAL DAN KEUNTUNGAN SEBELUM2NYA AKAN DIJADIKAN MODAL UNTUK MINING KEESUKAN HARI. BEGITULAH SETERUSNYA. MINING 5 HARI SEMINGGU DAN TIADA MINING DI HARI2 CUTI SEDUNIA.

MINIMA PEMBELIAN BITCOIN RM60 (USD10).

DAPAT SEJUMLAH BITCOIN IKUT PASARAN SEMASA DAN ETHTRADE AKAN MININGKAN UTK ANDA. BOLEH TOPUP KEMUDIAN ATAS KEMAMPUAN ANDA

PAKEJ;
USD10 (RM60) HINGGA USD7000 (RM35,000)

DENGAN SISTEM COMPOUNDING DAN DENGAN ANDA JOIN PAKEJ RM60 (USD10) , BOLEH MENCAPAI 5 ANGKA RM SELEPAS 3 TAHUN. WALAU BAGAIMANA PUN ANDA BOLEH WITHDRAWA HARI2 SELEPAS MATANG 60 HARI TANPA KOMISEN CHARGE.
Tahu Kah Anda ???
🔹Bitcoin Adalah Duit..
🔹Duit adalah Bitcoin..
🔹Duit kertas dinamakan Fiat Money..
🔹Bitcoin adalah cryto currency..(Duit Digital).
🔹Duit kertas susut nilai dari hari ke hari.
🔹Duit Digital Naik NILAI dari hari ke hari.
🔹Simpan Di wallet untung kenaikan Rate( Price)
🔹Simpan Ethtrade Untung 15% - 25% Sebulan. Modal Minima 10usd@RM60.00
🔹Pm untuk Fahamkan Bitcoin n Kehebatan Bitcoin💥💥💥🚀🚀🚀😄

Jom Meroket Bersama Team Kami
'Sikit...lama2 jd bukit...'

Click link dibawah dan daftar percuma..

📞 +6011-21999914

https://ethtrade.org/@988913

Annual General Meeting 2017


Kepada : 
 
Semua ahli ,
DRAFTERMAL ASSOCIATION,

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG DRAFTERMAL ASSOCIATION KALI KE-3 (PENGGAL KEDUA 2016-2018)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
  1. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Draftermal Association kali ke-3 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh   : 23 APRIL 2017 (AHAD)
Masa    : 12pm – 6pm
Tempat : INTERNATIONAL YOUTH CENTER MALAYSIA
                 No.1, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras,  56000 Kuala Lumpur
                (GPS Coordinate : 3.097277, 101.722371)
  1. Agenda utama mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara berikut : – Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Draftermal Association kali ke-2 penggal pertama (2014-2016)
    – Membentang dan mengesahkankan laporan aktiviti Draftermal Association bagi tahun 2016
    – Membentang dan mengesahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 30 Jun 2016
    – Membentang dan membincangkan usul dan cadangan
    – Meminda Perlembagaan bagi Draftermal Association
    – Hal-hal yang berkaitan
    – Ucapan penangguhan dan penutup
  1. Sehubungan itu,tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Sila lengkapkan Surat Jawapan Kehadiran berserta usul atau cadangan dan emelkan kepada SETIAUSAHA DRAFTERMAL ASSOCIATION di alamat emel draftermal.association@gmail.com ataupun boleh juga hantarkan di Telegram DA Members – Official selewat-lewatnya sebelum 14 APRIL 2017 untuk tempahan makanan dan buku minit mesyuarat.

  1. Kerjasama serta keprihatinan tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut adalah amat dihargai demi pemuafakatan dan kelangsungan halatuju Draftermal Association.

“BERSEPAKAT DAN BEKERJASAMA MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
ABD JALIL BIN ABD WAHAB
Setiausaha
DRAFTERMAL ASSOCIATION 2016-2018
http://www.draftermalweb.saaa58.com/