Thursday, September 15, 2011

Skop Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

 1. Menyiapkan kerja rekabentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian,
     kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

 2. Menyerahkan projek sistem mekanikal yang menepati, kualiti, masa dan
     kos yang ditetapkan.

 3. Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan, loji
     pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti,
     masa dan kos yang ditetapkan.

 4. Mengurus aset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan,
     kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan JKR yang dapat
     memenuhi keperluan semasa jabatan.

 5. Menyediakan khidmat rundingan teknikal berhubung dengan bidang
     kejuruteraan mekanikal kepada agensi kerajaan dan badan berkanun dengan
     tepat dan cepat.


FUNGSI CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

1. Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Mekanikal
    Melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan rekabentuk mekanikal di dalam projek-projek
    pembangunan negara yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya sama ada oleh Sektor
    Bisnes atau CKM sendiri seperti merancang, rekabentuk dan pengawasan perkhidmatan
    mekanikal dalam bangunan kerajaan sehingga penyerahan projek, termasuk kerja
    penyelenggaraan selepasnya. Perkhidmatan mekanikal dalam premis bangunan kerajaan
    adalah seperti berikut :


    a) Sistem Penghawa Dingin dan Pengalihan Udara
    b) Sistem Air Panas
    c) Sistem Pencegah Kebakaran
    d) Sistem Kelengkapan Kerusi Pergigian
    e) Sistem Bekalan Air dan Sanitari Dalaman
    f)  Sistem Pneumatic Tube
    g) Sistem Lif
    h) Sistem Automasi Bangunan ( BAS )
    i)  Sistem Kren
    j)  Sistem Pemampatan Udara
    k) Sistem Pam Penggalak
    l)  Sistem Kebuk Wasap
   m) Sistem Gas Perubatan
   n)  Sistem Kolam Hidroterapi
   o)  Sistem Dandang dan Stim
   p)  Sistem Penunu
   q)  Sistem Penstril
   r)  Sistem Kelengkapan Dobi
   s)  Sistem Kelengkapan Dapur dan LPG


-Rujukan dari JKR Malaysia

1 comment:

  1. Civil Engineering Career - Apply for Engineering Jobs, Engineering vacancies, Electrical Engineering Jobs, civil engineering from across Malaysia and register your CV on Monster Malaysia to be found by employers and agencies looking for engineers like you.

    ReplyDelete