MEMANG diakui tahun 2020 yang bermula hari ini cukup mencabar bagi kita semua.
Bermula
daripada rakyat marhaen, pihak kerajaan hinggalah kepada pemimpin dunia
lain, semuanya mengakui tahun yang mendatang ini mempunyai cabaran
tersendiri yang harus dihadapi.
Bagi kita rakyat bawahan, sudah
pasti kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran seperti persekitaran
ekonomi yang tidak menentu, ringgit yang rendah, kos sara hidup yang
meningkat, pendapatan yang tidak menentu dan yang terbaru penyakit COVID-19, bukan di malaysia sahaja malah seluruh dunia.
Bagaimana cara kita untuk menanganinya?
Jika digariskan, banyak lagi cabaran yang menanti kita semua. Namun tanganilah dengan bijak.
Antara
petikan kata-kata yang trending di media sosial berkaitan tahun baru
ialah: “Pada tahun 2020 ini, aku tak mahu lagi hidup dalam tekanan dan
stress. Tak perlu menjadi kaya atau popular. Aku hanya mahu hidup
gembira.” Petikan kata-kata itu sedikit sebanyak dapat membantu kita
untuk menjadi lebih tenang dan ceria dalam menghadapi tahun 2020.
sumber sinar harian