Thursday, August 19, 2010

Alami keasyikan teknologi 3D





Bagi peminat permainan video komputer, kini anda memiliki pelbagai pilihan teknologi sekali gus mampu memberi kepuasan maksimum ketika bermain mana-mana permainan kegemaran.
Lebih menarik, paparan permainan video yang tampak lebih realistik pasti membuatkan anda teruja dan asyik melayan.
Menyedari permintaan pengguna terhadap teknologi permainan video yang semakin meningkat kini, syarikat elektronik dan perkakasan elektrik terkemuka LG Electronics (LG) mempertaruhkan tiga produk terbarunya buat pengguna.
Malah LG turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan teknologi daripada rakan-rakan persaingannya didalam pembikinan teknologi 3D.
LG R590 3D merupakan antara komputer riba terbaru yang diperkenalkan oleh LG memiliki teknologi 3D yang menjadikannya begitu ideal untuk peminat permainan video yang sentiasa aktif bergerak.
Selain mampu memberikan paparan 3D tanpa memberi kesan kabur pada gambar, LG R590 3D juga turut dijana oleh pemproses Intel® Core™ i7.
Ia juga didatangkan bersama chipset HM55 dan kad grafik NVIDIA® GeForce® GT335M selain memori video DDR3 seluas 1GB.
Komputer baru taruhan LG ini juga memiliki kelebihan lain seperti SRS Tru-Surround definisi tinggi (HD) yang mampu memberi pengalaman sistem bunyi sekeliling yang mengujakan kepada pengguna.
Manakala teknologi Blu-ray membolehkan pengguna menonton apa jua wayang gambar dalam kedua-dua teknologi iaitu dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D)_.
Sebagai tambahan LG turut menyediakan perisian TriDef yang boleh menukarkan wayang gambar tersebut dalam bentuk 2D kepada 3D.
LG R590 3D juga turut dilengkapi bersama cermin mata khas 3D bagi mengurangkan keletihan mata apabila menonton wayang yang mengandungi teknologi 3D.
Selain itu, produk kedua LG yang juga dibina untuk penggemar permainan video adalah monitor W63D.
Dibina khas untuk golongan tersebut ia merupakan teknologi HD sepenuhnya dengan nisbah kontra 70,000 : 1 dan pada kadar penyegaran 120Hz menjadikan gambar lebih jelas dan tajam.
Pada kadar kelajuan 172Hz sesaat, W63D mampu mengurangkan kekaburan gambar ketika aksi-aksi pantas.
Seterusnya, 3D projektor HD penuh, CF3D yang juga merupakan produk yang mampu menghantar imej HD sepenuhnya.
Melalui imej maksimum sehingga 200 inci, CF3D mampu memberikan pengalaman seakan-akan anda menonton cerita seperti di dalam panggung wayang. - Daripada Utusan



http://images.machinedesign.com/images/archive/ureview3jpg_00000038054.jpg

1 comment: